assalamualaikum..heheee
tajuk kali nie pasti ramai yg bebai sebab....?????
http://adf.ly/eHBmZ
nie tips nak tinggal kapel @ marka @ kekasih hati..
1. Bertaubat:
Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.
2. Kuatkan hati:
Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon,dan berniat berhenti sms. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan terus memujuk.
3. Elakkan kebosanan:
Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.
4. Membeli dan membaca buku Tarbiyah:
Contoh terbaik novel tautan hati,Cinta High Class,Seindah mawar berduri,pemilik cintaku setelah Allah dan rasul oleh ustazah Fatimah Syarha. Ataupun tentang cinta oleh Pahrol Mohd juoi,Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.
5. Memperbaiki penampilan diri:
Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.
6. Jika masih belajar:
Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.
7. Padamlah lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll:
Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.
8. Selalu perbetulkan semua niat:
Yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.
9. Memperbanyakkan ingat mati:
Cukup kematian sebagai peringatan.
10. Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya"
(Surah an-Nur: 15)
Kita buat apa ALLAH suka,
ALLAH beri apa kita suka
HIJRAH via Bercouple itu haram
Kesempurnaaan itu milik Allah..kita sebagai hamba yang kerdil perlu lengkapkan diri dengan iman dan takwa,ilmu..yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan pengajaran..
No comments :
Post a Comment