expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 25 February 2014

Permata Yang Dicari



Hadirnya tanpaku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia akan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Monday, 24 February 2014

TIPS MENINGGALKAN COUPLE

assalamualaikum..heheee
tajuk kali nie pasti ramai yg bebai sebab....?????
http://adf.ly/eHBmZ
nie tips nak tinggal kapel @ marka @ kekasih hati..

1. Bertaubat:
Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.

2. Kuatkan hati:
Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon,dan berniat berhenti sms. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan terus memujuk.

3. Elakkan kebosanan:
Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.

4. Membeli dan membaca buku Tarbiyah:
Contoh terbaik novel tautan hati,Cinta High Class,Seindah mawar berduri,pemilik cintaku setelah Allah dan rasul oleh ustazah Fatimah Syarha. Ataupun tentang cinta oleh Pahrol Mohd juoi,Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.

5. Memperbaiki penampilan diri:
Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.

6. Jika masih belajar:
Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.

7. Padamlah lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll:
Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.

8. Selalu perbetulkan semua niat:
Yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.

9. Memperbanyakkan ingat mati:
Cukup kematian sebagai peringatan.

10. Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya"
(Surah an-Nur: 15)

Kita buat apa ALLAH suka,
ALLAH beri apa kita suka

HIJRAH via Bercouple itu haram

Thursday, 20 February 2014

aku,dia, kamu...kita sama

aku manusia, kau juga manusia, dia pun manusia..kita sama..walaupun latar keluarga, kerjaya mahupun siapa kita di pandangan umum mungkin berbeda asalnya kita adalah sama...bersaudara..hanya iman dan takwa mampu membezakan kita di sisi Allah S.W.T..

kenapa perlu sengketa??bukankah kita di dunia ini diciptakan untuk saling melengkapi??kuasa, harta...itu semua x kemana..ya, zaman sekarang semua perlukan duit..tapi kita xperlu jadi hamba duit..terlalu kejar kekayaan sampai terabai keluarga, ibu bapa malah lupa pada Allah S.W.T..Nauzubillah

duit itu memang perlu dalam kehidupan kita sekarang nie..tapi duit bukan segalanya..banyak lagi benda yang bernilai yang kita terlepas pandang..yup..paling berharga yang orang sekarang adalah masa..kita sekarang terlalu kejar duit sampai kita terpaksa beli masa tambahan untuk bersama keluarga..itu pun yang bersyukur dan nak beli masa untuk bersama keluarga..ada yang langsung xpeduli pasal keluarga..nak luangkan masa dengan anak-anak memang bukan masanya la kan..keluar awal pagi, balik lewat malam..anak-anak pun xsempat dijenguknya..

sambung nanti~~~~~~