Dosa manusia jangan sampai jadi penghalang untuk kita dekat dengannya, berkenal dan bermesra dengannya. Kita pun manusia yang berdosa juga.
Maka, apakah ada penghalang antara kita untuk dekat dengan dia hanya kerana kita merasa diri kita lebih mulia dengan amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan?
Manusia yang kita nampak buat dosa, nampak macam jahat, tapi barangkali dalam hatinya ada keinginan yang sangat tinggi untuk berubah. Pergilah dekat dengannya.
Hari ini dia buat jahat, kalau kita dekati dia, barangkali ada sikit rasa malu dalam dirinya. Esok dia mungkin berubah kesan usaha kita untuk mendekati dia itu.
Tetapi kalau hari ini dia buat jahat, kita biarkan dia dan dia menjadi lebih teruk esok hari, kitalah yg salah kerana tidak mendekatinya dahulu sewaktu dia berada sangat dekat dengan kita.
~Afdholul Rahman CA~
Kesempurnaaan itu milik Allah..kita sebagai hamba yang kerdil perlu lengkapkan diri dengan iman dan takwa,ilmu..yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan pengajaran..
No comments :
Post a Comment