expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 9 October 2013

abah-ayie

Abah..
Andaiku tahu hari itu,
Hari terakhir kita bertemu,
inginku temani sehingga tidurmu,
andaiku tahu hari itu,
Hari terakhir aku genggam tanganmu,
takkan ku lepaskan walau sedetik waktu,
andaiku tahu hari itu,
Hari terakhir aku makan bersamamu,
inginku suap manja makanan ke bibirmu,
andaiku tahu hari itu,
hari terakhir aku menatap wajahmu,
takkan ku palingkan walau sedetik berlalu,
andaiku tahu esok bukan lagi milikmu,
ingin sekali aku cium pipimu..
maafkan aku..
kerana tidak menjadi anak yang terbaik buatmu..
maafkan aku..
kerana tiada disisimu saat malaikat datang menjemputmu...
abah..
Kami amat merinduimu...
(mood: terkenang orang jauh)

No comments :

Post a Comment