Bismillah ~
Saya mula mengenakan sehelai kain diwajah ketika berumur 20 tahun. Ketika itu masih keliru samaada saya mampu istiqomah memakainya ataupun tidak. Tambahan pula ada beberapa kekangan dan tentangan yang saya terima.
Masih saya ingat perbualan dengan seorang adik junior yang datang ke bilik dan kami berbual berkaitan niqab.
"Ada yang berkata akak wajib berniqab kerna wajah akak mengundang mudarat pada kaum muslimin dan akak akui kata-katanya kerna ada seorang muslimin dalam gerakan da’wah berundur dari dunia da’wah kerna tidak sanggup untuk tengok muka akak. Tapi akak takkan pakai sebab rasa diri cantik, tapi akak nak pakai kerna Allah. Akak juga ada masalah kesihatan dan begitu alah dengan habuk dan asap-asap kenderaan, tapi akak takkan pakai kerna masalah kesihatan sebab akak nak pakai kerna Allah. Jika kamu pakai atas sebab tertentu dan tidak benar-benar niat kerna Allah, akak yakin kamu tidak akan istiqomah dan kamu akan tanggal dengan sendirinya suatu masa nanti. Niat itu juga kena diperbetulkan setiap masa….”
Jika ada yang berkata,”berniqab akan menghalang seorang muslimat dari bergerak aktif dalam dunia da’wah dan mungkin membuatkan mad’u lari darinya…”
Jika ada yang berkata sedemikian, saya akan katakan itu bergantung pada kreativiti dan skill seseorang individu kerna saya sendiri turun lapangan ketika membuat operasi bersama urusetia menangani gejala sosial dalam keadaan berniqab. Dalam kampus juga begitu, tetap aktif menghandle program-program yang ada. Malah lebih aktif lagi, alhamdulillah…
Dua tahun saya bersabar,
Dua tahun saya memendam rasa,
Dua tahun saya bertahan,
Bila sudah dapat.
Tidak mungkin saya lepaskan begitu sahaja.
Ini perjalanan hidupku,
jika suatu masa nanti ku lupa tentangnya.
Ingatkan daku akan kisah-kisah ini.
Jika pakai kerana Allah,
teguhlah juga kerana Allah
Kesempurnaaan itu milik Allah..kita sebagai hamba yang kerdil perlu lengkapkan diri dengan iman dan takwa,ilmu..yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan pengajaran..
No comments :
Post a Comment