* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah,
* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggo
* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk
* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.
* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.
* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!
* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!
* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!
* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebiha
* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau
* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.
Jadi, jangan kita berlebih-lebiha
Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.