expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 28 November 2013

love till jannah

http://bit.ly/1c4dmSj

Semoga Allah himpunkan mereka suami isteri dalam seribu kebaikan. Mudah-mudahan rumahtangganya kekal sakinah, dilimpahi mawaddah dan rahmah seumur hayat. Amin.

Sakinah - tatkala kita melihat kekurangan pasangan, kita tetap mampu menjaga lidah untuk tidak mencelanya.

Mawaddah - tatkala kita mengetahui kekurangan pasangan, namun kita tetap mampu memilih untuk menutup sebelah mata atas kekurangannya dan membuka mata yang lain untuk fokus pada kelebihannya.

Rahmah - adalah ketika kita mampu menjadikan kekurangan pasangan sebagai ladang amal untuk diri kita.

Semoga yang sudah berkeluarga mampu membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, dan bagi yang belum, semoga beroleh pendamping yang soleh dan solehah.

Allahumma amin.

Meskipun bercinta di antara suami dan isteri, bersederhanalah dalam mencintai dan berkasih sayang.

http://bit.ly/1c4dmSj

kerana Allah atau kerana....????




Saturday, 16 November 2013

kita macam nie??

Membaca buku hanya untuk peperiksaan, adalah seperti bernikah mut'ah. Memperalatkan wanita secara seakan terhormat, namun hakikatnya hanya untuk memenuhi nafsu dan kemahuan peribadi.

Tiada cinta, tiada kasih sayang. Tiada kejujuran. Hanya kehinaan, yang kemuncaknya ialah menggambarkan ia sebagai sebuah kemuliaan.

Tuesday, 12 November 2013

Pertunangan Melayu Dari Kaca Mata Sunnah

Salam,

1- Pihak lelaki akan menghantar rombongan merisik, kemudian baru mengumumkan akan menghantar rombongan meminang.

a) Merisik dan bertunang dalam Islam berlaku dalam masa yang sama.

b) Lelaki hendaklah memberitahu kepada bapa perempuan bahawa dia berhajat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut.

c) Bapa perempuan akan memberitahu jika perempuan itu sudah bertunang atau sudah berkahwin.

d) Jika perempuan itu belum bertunang atau berkahwin, bapa perempuan akan bertanya latar belakang dan agama lelaki.

e) Apabila bapa perempuan bersetuju untuk mengahwinkan lelaki itu dengan anak perempuannya, maka persetujuan itulah suatu pertunangan.

f) Justeru, tidak wujud rombongan meminang.


2- Pihak lelaki akan menghantar ibu dan bapanya untuk ke rumah pihak wanita untuk meminang.

a) Dalam Islam, proses pertunangan dan perkahwinan hanya melibatkan lelaki sahaja dan bapa perempuan.

b) Keluarga lelaki tidak terlibat langsung dalam urusan pertunangan dan perkahwinan.


3- Keluarga wanita akan meminta tempoh tertentu sebelum memberikan jawaban sama ada menerima pertunangan atau tidak.

a) Bapa perempuan seharusnya terus bertanya atau menyiasat lelaki yang datang meminang, dari segi latar belakangnya dan agamanya.

b) Apabila agama lelaki itu baik, maka tiada alasan untuk meminta tempoh, atau untuk menolak pinangan.

c) Menerima atau menolak pinangan adalah hak mutlaq bapa perempuan, dan bapa perempuan haruslah bijak dalam membuat keputusannya.


4- Ketika pertunangan, syarat-syarat perkahwinan seperti mahar, hantaran kahwin, belanja kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan.

a) Apabila bapa perempuan bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki, maka bapa hendaklah menetapkan mahar perkahwinan.

b) Ini bermakna, bapa perempuan menyebut suatu nilai harta yang akan menjadi mahar perkahwinan.

c) Di sinilah peranan bapa untuk merendahkan mahar dan memudahkan perkahwinan, jika benar bapa itu beriman.

d) Bapa perempuan tidak perlu berbincang tentang hantaran (atau meminta hantaran), kerana itu tiada dalam perkahwinan Islam.

e) Bapa perempuan tidak perlu berbincang tentang belanja kahwin (atau meminta belanja kahwin) kerana itu tiada dalam perkahwinan Islam.

f) Bapa perempuan hendaklah meminta lelaki membawakan mahar perkahwinan yang ditetapkan, dan suatu tempoh bolehlah diberikan.

g) Maksimum tempoh adalah beberapa hari sahaja. Jika ia tidak dapat dipenuhi dalam beberapa hari, bermakna mahar yang diminta adalah terlalu tinggi. Bapa wanita hendaklah bertaqwa kepada Allah dan merendahkan mahar!

h) Jika lelaki bersetuju dengan tempoh yang diberikan, maka perkahwinan akan berlangsung apabila lelaki membawakan mahar tersebut.

i) Jika lelaki tidak bersetuju, maka pertunangan adalah terputus.


5- Pihak lelaki memberikan cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan.

a) Dalam Islam, tiada tanda pertunangan, sama ada cincin, inai atau sebarang tanda.

b) Justeru, lelaki tidak perlu membeli cincin untuk pertunangan, dan tidak perlu membeli cincin untuk perkahwinan.

c) Perempuan juga tidak perlu memakai cincin apabila bertunang, atau apabila berkahwin.

d) Jika lelaki ingin memberikan cincin, maka ia hendaklah cincin yang bernilai, dan dikira sebagai mahar perkahwinan.


6- Pihak perempuan menetapkan satu tarikh untuk Majlis Pertunangan, disertaï dengan jamuan dan dihadiri oleh ahli keluarga.

a) Dalam Islam, tiada suatu majlis rasmi untuk pertunangan.

b) Pertunangan hanyalah urusan antara lelaki dengan bapa perempuan, dan tidak perlu didengar atau dihadiri oleh orang lain.

c) Jamuan, jika ingin diadakan, adalah atas ikhlas daripada keluarga perempuan sebagai menghormati tetamu.

d) Belanja jamuan ini tidak boleh dituntut ke atas lelaki.

e) Jika keluarga perempuan tidak mampu untuk membuat jamuan, maka ia tidak perlu diadakan.


7- Pihak lelaki datang membawa rombongan meminang dan hantaran meminang.

a) Pertunangan dan perkahwinan adalah urusan lelaki dan tidak perlu campur tangan keluarga. Justeru, lelaki tidak perlu membawa rombongan.

b) Hantaran meminang tidak wujud dalam Islam, bahkan ia bercanggah dengan saranan Islam untuk merendahkan kos perkahwinan dan memudahkan perkahwinan.


8- Jika pihak perempuan mempunyaï kakak yang belum berkahwin, lelaki perlu memberi hantaran kepada kakak perempuan itu kerana melangkah bendul.

a) Tiada adat melangkah bendul dalam Islam.

b) Lelaki yang beriman tidak perlu mengikuti hal ini.


9- Pihak perempuan akan membalas hantaran melebihi hantaran lelaki.

a) Dalam Islam, tiada siapa yang perlu memberi hantaran, sama ada lelaki atau perempuan.

b) Kepercayaan bahawa perempuan hendaklah memberi hantaran melebihi lelaki adalah karut, dan tidak perlu diikuti.


10- Pihak lelaki menghantar belanja kahwin kepada pihak perempuan.

a) Dalam Islam, tiada belanja kahwin yang perlu dihantar.

b) Perkahwinan adalah pernikahan dan itu sahaja yang dituntut.

c) Jika ingin mengadakan jamuan makan, ia adalah atas keikhlasan dan kemampuan masing-masing.


WaLlahu a`lam.


PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA :



Pertama..
jadilah orang yang baik. Insya Allah kita akan mendapat jodoh yang baik (QS An-Nur :26)

Kedua..
ikutlah pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

>>> Prinsip jodoh itu:
Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan
berikan yang terbaik untukmu..
Cintai Allah sungguh-sungguh(QS 3:31) Maka Allah
akan kirimkan orang yang mencintaimu kerana
Allah... Yakinlah...
Allah pasti memberikan yang terbaik untuk Hamba2Nya
yg beriman. Aamiin
Alhamdulillah...rezki anak sulung..terima kaseh ya Allah..

kenangan dulu2

Kepada yg lahir sekitar tahun 1985-1996. Ingat lg x zaman kanak2 dulu. Dari tadika, darjah 1 sampai ke UPSR kita dulu pernah jd trend. *Artis cilik. New Boyz, Spin* Baca komik Doremon, Dragon Ball, Ninja Boy,Conan sampai kena sita dgn cikgu.. * Menghabiskan duit syiling kt public phone * Permulaan nk berkenalan ja mesti kena mulakan dgn "My Biodata".. Haha.. Kalau teringat mesti senyum sorang2.. * Guna surat utk berhubung walaupun jarak dekat.. Yg best smpai tulis " Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.. Bdk pempuan kalau balas comfirm boh bedak bg surat bau wangi.. Hihi * Time cikgu xdk ja main monopoli, saidina, tepuk daun trup, penutup botol, batu semban * Beli gula2 getah hitam buat belon.. Mkn jagoan neon biar lidah jd warna warni.. Beli tora, dindang, dlm kotak dapat mainan dgn coklat... * Pergi kedai runcit yg ada game 20$ dapat kacang... * Beli kasut skolah yg ada lampu (Pro Att).. Beli jam tangan Boy London yg warna kt dlm jam tu blh bertukar warna... Beli jam G-shock yg lampu ada gambar... * Time cuti skolah dan ptg2 main gasing, guli, polis entri, lubang tikus, galah panjang, rondes,tamiya(dashyankuro),ziropoint, men masak2 suruh anak2 beli brg pkai duit daun.. Hihi * Masa dlu adalah paling indah jika dibandingkan sekarang... * Skg ni adik2 kita kecik2 lg dh pkai bb, android... Just Share.. Biar diorang tahu kelebihan dan keseronokkan zaman kita dlu berbanding skg..Kalau ingat balik mesti tersenyum sorang2.. ^^ i miss that moment..tringat masa dulu2..hehe

Thursday, 7 November 2013

Awak...awak..awak...tolong la eh..pergi main jauh2 sikit..rimas la tengok berkepit2..need some privacy here..