expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 29 April 2013

" .. Jom makan babi Islam! .. "



~COUPLE ISLAMIK~

Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam ;)

P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..


copypaste shujaie kamal

Friday, 26 April 2013

~ Hidup ini indah kalau kita tahu menghargainya~

Lidah...lembut xbertulang tapi tajam mengalahkan mata pedang..hebatkan ciptaan Allah S.W.T.. kerana lidah  yg tidak dijaga, ramai yg terputus silaturahim, bermasam muka.. kerana lidah yg tidak dijaga jugaklah berlaku umpat mengumpat, keji mengeji, saling bertikam lidah..

kan lebih baik dimanfaatkan untuk perkara yg jelas lebih indah dan memberi saham pahala kepada kita kelak.. nak tengok seseorang tu tengok dari percakapan dan tingkahlakunya.. ada yg hipokrit..ada yg tulus..





~ Air Masak~

khasiat yg tersembunyi..yg orang xsuka minum sebab tawar, kosong.. berubahlah..air putih nie lebih elok dari  air berwarna-warni yg manis..tambah2 yg berkarbonat bagai..



assalamualaikum w.b.t...lamanya xmenjenguk ruang nie..al maklumlah bizi kan.. ada story disebalik kucing sengeh nie.. berkaitan persahabatan antara 2 orang hamba Allah nie yg bertelingkah kerana kurangnya komunikasi yg berkesan.. si A yg lebih tua telah tersalah anggap atas kebisuan si B..dan ini mengundang kepada perang dingin antara mereka..si B yg berasa dia perlu untuk mengubah keadaan itu dari berlanjutan telah menghulurkan salam kemaafan terlebih dahulu sedangkan dia tahu tiada siapa yg bersalah.. dia juga menjelaskan sebab tindakannya mendiamkan diri kerana mengalami sakit gigi..si A yg telah salah faham ini pun meminta maaf atas tanggapannya yg salah itu.. senang kan???

xsusah pun sebenarnya untuk meminta maaf..tidak semestinya bersalah saja yg perlu minta maaf..kadang2 kita sendiri dapat rasa kekhilafan kita terhadap orang walaupun orang tidak menganggap itu sebagai satu kesalahan..meminta maaf mempamerkan rasa hormat kita pada orang lain dan juga kerendahan hati kita dalam mengakui silap sendiri.. 

in lebih baik dari terus keras kepala, ego dan sentiasa nak menang..merugikan saja..sedangkan berdamai itu lebih baik.. buat apa bersengketa..bukankah kita semua makhluk-Nya??andai ada kesilapan tegurlah dengan berhikmah..bukan dengan menghina..