mUt!aRa kAtA
Berbuat baik ayuhai rakan, kalau tak dikenali insan, dalam laut ia
dicampakkan. Kalau tak dikenal ikan, Tuhan tau baik atau bukan.
________________________
Renung fikiranmu, ia menjadi
kata-kata..renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan....renung perbuatanmu, ia
menjadi amalan... renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
__________________________
Indah bukan pada zahir, tapi terletak pada
tutur, terhampar pada pekerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati. Yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata
hati.
___________________________
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
mengilau, sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati
pendorong impian, sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
___________________________
Harta yang paling menguntungkan SABAR, Teman
yang paling akrab AMAL,Pengawal Peribadi yang paling waspada DIAM,Bahasa yang
paling manis SENYUM,Ibadah yang paling indah KHUSYU'.
____________________________
Kejayaan yang hakiki mempunyai 3 syarat:Iman
yang mendalam,Perancangan/ gerak kerja yang teliti,Usaha yang berterusan.(Imam
Hassan Al-Banna)__________________________
Perkukuhkan bahteramu..kerana samudera ini
amat dalam,perbanyakkanlah amalanmu..kerana perjalanan ini amat panjang,ikhlaskan
amalanmu...kerana pencatatmu sungguh teliti.
___________________________
Teman yang paling baik adalah..apabila kamu
melihat wajahnya, teringat akan ALLAH,mendengar kata-katanya,menambahkan ilmu
agama, melihat gerak-gerinya,teringat MATI.
____________________________
Zuhudlah di dunia, nescaya kamu disayangi
oleh Allah..dan janganlah tamak terhadap apa yang di tangan manusia, nescaya
kamu akan disayangi manusia..
____________________________
Biar betapa kasihnya kita kepada seseorang
itu, ingatlah bahawa cinta kita hanya milik Allah..Berkasihlah sesama manusia,
namun bercintalah dengan ALLAH..
____________________________
Dunia adalah lautan yang dalam..dan telah
banyak manusia yang tenggelam,justeru itu,sediakanlah perahu untuk belayar..dan
ia adalah Taqwa kepada Allah..(Luqmanul- Hakim)________________________
Beauty of friendship is based on RESPECT,joy
of friendship is based on TRUST,and strenght of friendship is based on LOVE TO
ALLAH..
_____________________________
Lidah seorang bijak itu di belakang
hatinya,jika ia berkata ia kembali kepada hatinya,maka jika baik baginya ia
berbicara,jika tidak baik ia diam.Adalah mereka berkata,"Bahawa hati orang
bodoh itu pada hujung lidahnya,tidak kembali pada hatinya, apa yang datang pada
lidahnya dia ucapkan.."(Hassan Al-Basri)
Beku air mata kerana kerasnya hati,Kerasnya
hati kerana banyaknya dosa,Banyaknya dosa kerana panjangnya
angan-angan,Panjangnya angan-angan kerana banyaknya dosa.
Manusia, alaskan kepalamu dengan bantal
kejujuran, rebahkan tubuhmu di atas tilam keikhlasan, selimutkan dirimu dengan
kesetiaandan tidurlah
Mutiara
Hadis............
"Baginda Rasulullah s.a.w.
dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku,
seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya
dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi." (Hadis
riwayat Bukhari )
‘Ingatlah, sabar itu iman,
duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati itu tak berteman.
‘APABIILA ENGKAU MENGEJAR KEHIDUPAN AKHIRAT, MAKA KEHIDUPAN DUNIA
AKAN KAU PEROLEH, NAMUN APABILA KAU MENGEJAR KEHIDUPAN DUNIA, MAKA KEHIDUPAN
AKHIRAT TIDAK AKAN KAU PEROLEH’
Tiada insan yang berdosa yang tiada masa depan
Tiada insan suci yang tiada masa silam
Sentiasalah
hargai apa yang ada
Kerana sekali
kita kehilangannya,
Barulah kita
faham erti kewujudannya