expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 27 April 2012

cerita tak hot!!!

FORM 1 (2003)

Perkenalan yg sgt besa. aku melihatnya dari jauh.kawanku,NHAM yg memulakn bicara sedangkan aku?maseh malu2 disitu. senyumannya bisa mencairkan sesapa yg memandang. dia sgt meminati cerita korea winter sonata yg akhirnya menjadi kesukaan aku sekarang.

FORM 2 (2004)

Tahun terjadinya tsunami di Malysia..tahun tu jugak menjadi tahun pergaduhan aku dan NHAM. nie semua kerna hasutan SKS..bodohnya aku tidak dapat berfikir panjan..aku mendapat kawan baru, MM yang kurasakan dia seakan meminatiku tapi terhalang..aku tak suka manusia lembut..form 2 berlalu dengan seribu kenangan..


FORM 3 (2005)

Tahun penting untukku kerna aku akan exam besar...tahun nie juga aku semakin kenal erti kawan dan lawan...SKS dan MAM memang manusia yang tak boleh buat kawan... susah dicari, senang ditinggalkan. "result"ku sangat teruk...

FORM 4 (2006)

Bermulalah perkenalan serius antara aku dengan SNMI..aku sudah pandai ber"calling"2 dan bermesej2 dengan dia..spongebob,jimmy neutron semuanya hasil minat dia yang sekarang menjadi kesukaan aku..hatiku semakin sayang dia dalam diam..

FORM 5 (2007)

Detik terindah bagiku bila dapat "spend" time bersama si dia untuk 2 hari..indahnya waktu itu seakan2 nak saja masterhenti saat tu..14/6/07 akan menjadi memori terindah untukku bersamanya..."result"ku tak berapa bagus..kecewakan mak abah aku lagi..

Monday, 2 April 2012


Apa Itu Nikah Gantung


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Apa Itu Nikah Gantung?Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.